Sunday, April 19, 2009

GURU KAUNSELING ERA ICT

Gaya kehidupan moden yang kompleks telah banyak mengubah corak pemikiran warga Malaysia. Bagi remaja, apa yang mereka alami pada masa kini begitu jauh berbeza dengan era 80-an dan 90-an dulu. Era millenium menyaksikan kumpulan remaja yang lahir di tengah-tengah kemajuan ICT.
Kehidupan mereka tidak dapat dipisahkan dengan 'handphone', internet dan permainan mereka semuanya berteknologi.Bagi guru kaunseling era ini, jika mereka buta ICT, banyak maklumat yang mereka ketinggalan juga banyak maklumat yang mereka kurang dapat menyampaikannya. Perkhidmatan kaunseling tetap dapat dijalankan dengan berkesan namun penjelajahan maklumat masih boleh dipertingkatkan jika mereka menggunakan kemahiran ICT.